Ciri-ciri Produk

KEPERLUAN SISTEM
Keperluan Server
Apache 1.2.X ke atas atau IIS
PHP 4.3.X ke atas
Keperluan Database
MySQL ver 4.0 ke atas
Keperluan Pengguna
Windows XP
Windows 2003
Windows Vista
Keperluan Hardware
Pemproses Pentium III, 800 MHz processor atau lebih tinggi
512 MB of RAM atau lebih tinggi
Resolusi monitor 1024 x 768
Sistem Pengoperasian
Linux Red Hat, Suse, CentOS
Windows NT, XP, 2000, 2003
FreeBSD
Pelayar Internet
Firefox 2.0 ke atas
Pengumuman Terkini
01 Januari 2010
Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pelanggan dan pengguna ICMS 2.0 dari development team Wianex Communication Sdn Bhd.
20 Disember 2009
Kami telah melancarkan versi demo ICMS 2.0. Layari www.my-icms.com dan hubungi 03-7885 9002 untuk memohon kata laluan dan password.
15 November 2009
ICMS 2.0 kini terdapat dalam stable version.
31 Ogos 2009
Selamat Hari Kemerdekaan Negara ke-52!
05 Julai 2009
ICMS 2.0 kini menambah modul SMS Reporting, dibangunkan oleh ICMS Labs.
01 Julai 2009
ICMS 2.0 kini terdapat dalam versi Beta, dibangunkan oleh ICMS Labs.
01 Jun 2009
Acrobat.com menambah langganan premium dan apps baru untuk presentation dan spreadsheet.
01 April 2009
Versi terkini ICMS ialah 1.5, menggunapakai AJAX untuk pemprosesan data lebih pantas dan efisyen
01 Januari 2009
Happy New Year 2009 to all Integrated Cooperative Management System (ICMS) customers. Selamat Tahun Baru 2009 kepada semua pelanggan Integrated Cooperative Management System (ICMS).
 
Keterangan Sistem

Sistem Pengurusan Koperasi Bersepadu (ICMS) merupakan inovasi terkini dalam teknologi kepada industri koperasi. Sistem ini dapat memperkemaskan lagi segala urusan dalam koperasi dan dapat meningkatkan ketelusan demi kepentingan anggota koperasi. Ia merangkumi modul-modul seperti Membership, Financial Accounting, Member’s Loan dan pelbagai lagi. ICMS juga berupaya menampung penambahan modul-modul baru seiring dengan kehendak dan keperluan pengguna.

Sebelum ini, segala laporan, maklumat dan data koperasi hendaklah disemak oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebelum segalanya dapat disahkan. Kesulitan ini berpunca dari dua perkara, iaitu tidak bersepadu (dalam data sedia ada dan sistem pengurusan maklumat) dan kos yang tinggi (untuk memiliki sistem itu).

ICMS dilihat sebagai penyelesai bagi dua masalah tersebut secara efisyen dan berkesan. Pertama, segala modul yang diperlukan oleh koperasi-koperasi dibangunkan di atas satu platform tunggal, kerana ianya telah sedia ada bersepadu sejak dari mula lagi. Pada masa yang sama, ICMS juga mengambil kira keperluan bagi koperasi berskala kecil. Ini dicapai dengan membangunkan ICMS dalam bentuk modul. Pihak koperasi boleh memilih modul-modul yang diperlukan sebelum mula menggunakan sistem ini. Ini dapat menjimatkan kos pemilikan ICMS.

Kedua, ICMS telah dirancang pembangunannya sebagai penyelesai masalah secara optimum yang dapat disesuaikan dengan standard koperasi. Ini dapat mengurangkan kos pengubahsuaian. Tambahan pula, pihak Wianex Communication Sdn Bhd telah merancang untuk melancarkan usaha sama dengan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) agar dapat menyalurkan dana mereka untuk membantu koperasi yang berminat memiliki sistem ini.

 
RocketTheme Joomla Templates